TINGGAL JEJAK KAT SINI YER...

23.3.11

jom get ready...!!!

 { Tanda-tanda Hampir Bersalin }

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. 
Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • sakit perut, memulas
  • kerap buang air besar
  • kerap terkentut
Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
Sakit belakang
  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
Pecah air ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

{mosimage}Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis
Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.

Kontraksi yang tetap dan berterusan
Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual. 

Bila Perlu ke Hospital
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila: 
  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
  • keluar air ketuban.
  • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
  • keluar darah dari vagina.
  • apa saja masalah yang dialami.
~ infO dari SINI~

bE reAdy Ya....!!!

15.3.11

...::: istimewa nyer wanita bila mengandung :::....

~ betape istimewa nyer kita bila mula mengandung ~
  • Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
  • Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
  • Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  • Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
  • Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
~bila terbaca betapa istimewanyer kita bila mula mengandung..secara tidak langsung ianya memberi rasa kuat dan terima segala yang terjadi dengan hati yang tenang~

Sebagai hamba Allah, dalam kehidupan di dunia manusia tidak akan luput dari berbagai cubaan, baik kesusahan maupun kesenangan, sebagai sunnatullah yang berlaku bagi setiap insan, yang beriman maupun kafir. Allah Ta’ala berfirman,

وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ

“Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan 
(yang sebenar-benarnya), 
dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.” (Qs Al Anbiya’: 35)

14.3.11

bersedia atau tidak..???...


bersedia atau tidak...??..
sampai waktu ni, semuanyer hampir sedia... 
kalau dalam matematik..97% sudah sedia..~..hehe
dari segi MINDA dan KEPELBAGAIAN nyer~... 
memang tak dinafikan dalam minggu2 terakhir ni kadang2 banyak
persoAlan yang timbul..nak2 lagi seOrang mAma yang terlampau prihatin ngan 
anak2 seperti laila nih..huhuh~..
kerisauan tak pernah tetinggal walau sekejap pun...
 semuanyer terbangkit bila memikirkan 
anak-anak yang bersekOlah dan suami .... ermm~... 
 { perSoAlan nyer  ??? }
baGaimAna ...LAh... ???...
MacAm maNa ..LaH... ???
okEy ... Kah.. ????
kadang2 tu terpikir jugak..mampu ke suami 
keBangGaan laila tu 
menghandle 2 putra putri yang sedia ada cOmot memot tuh...
huh..!!..macam mana lah agaknyer sang suami tu nak menguruskan
serba serbi secara solo...~..kesian jugak..??
dan bagaimana lah jugak anak2 menerima keadaan di mana perlu
berdikari sendiri....ohh kesian nyer..??
mampu kah eMosi si mama nih bertahan...?? 
sehingga ke 34 mingGu ni...nampak nyer baby dalam perot 
masih berkedudukan terbalik kuang~...itu yang memeningkan kepala...
keadaan terbalik kuang baby nih menjurus untuk laila melalui
kelahiran secara caesarean * omputeh cakap la~ *
itu la yang menjadi  kerisauan tahap dewa-dewa 
sekarang ni~..huhuh

mengharapkan wirawan dan wirawati ni mampu berdikari~..yeay..!!
 mengaharapkan yang terbaik untuk 
wIraWan dan wiRaWati ni..
 doakan segalanyer berada dalam keadaan yang 
baik dan terkawal...

9.3.11

6.3.11

sOngsang..!!..~ #2

lambat nyer rasa nak tunggu ke temujanji ke-2...
yang misi aturkan untuk scan lagi sekali pada 17.3.2011...
rasa tak sabo dalam hati nih memang meluap2...mengharapkan yang semuanyer
baik2 ajer...
bila da telampau risau..maka dengan tak sengaja nyer saya da tergOogle untuk mencari
info2 tentang bayi soNgsang ni~...
Lebih 90% bayi dilahirkan dalam kedudukan normal iaitu kepala keluar dahulu. hanya sebilangan kecil mungkin berkedudukan luar biasa sama ada songsang (breech) atau melintang (tranverse lie).
Pada peringkat awal kehamilan, adalah biasa sekiranya kedudukan bayi tidak stabil dan sentiasa berubah-ubah atau berpusing-pusing di dalam kelongsong kandungan yanng dipenuhi cecair amnion.
Apabila mencapai 8 bulan atau 34 minggu kehamilan, barulah bayi akan berkedudukan tetap iaitu kepala ke bawah menghala ke arah pintu rahim dan saluran peranakan. Hanya sebilangan kecil sahaja yang berkedudukan luar biasa sehingga saat tiba untuk dilahirkan. bayi songsang akan menyebabkan punggung atau kaki keluar dahulu. Risikonya, kerumitan ini boleh merosakkan otak dan saraf bayi akibat kekurangan oksigen dan boleh membawa kepada kematian.
Punca Bayi Songsang
Ini merupakan satu petanda bahawa bayi yang dilahirkan ini tidak cukup bulan atau pra matang. Oleh itu tarikh akhir putaran haid ibu perlu disemak semula. Jika semua benar, bayi masih juga berkedudukan luar biasa ini bermakna bayi mengalami kecacatan seperti saiz kepala melebihi saiz biasa atau mengalami kecacatan lain. Ia boleh dikenal pasti melalui ujian ultrasound atau x-ray. Songsang juga dikaitkan dengan faktor kandungan air dalam rahim berlebihan (polihidramnion) atau berkurangan (oligohidramnios).
Bentuk rahim yang ganjil seperti uterus bikornu atau uterus septate mempunyai bentuk rahim seperti bercabang atau mempunyai sekatan di tengah-tengah. keadaan ini boleh menyebabkan keguguran diperingkat awal, kelahiran pra matang dan juga bayi songsang. Rahim yang kendur akibat kerap beranak dan otot-otot perut yang kendur akibat kurang bersenam selepas bersalin juga menyumbang kepada masalah bayi songsang.
Masalah uri ke bawah juga boleh menyebabkan bayi melintang. Rongga punggung adalah laluan penting untuk membolehkan kelahiran bayi. Ada wanita yang mempunyai rongga punggung yang sempit secara semulajadi. Ini menyebabkan bayi songsang kerana kepalanya tidak boleh memasuki rongga tersebut. Penyakit seperti tuberkulosis (batuk kering), kecederaan atau kemalangan yang melibatkan tulang rongga punggung boleh juga menimbulkan masalah ketika hamil.

5.3.11

GA laila da ader pEmEnanG..!!..juM tengOk...!!

sticky entry sampai 5.3.2011 yer..~
takut ader yang terlepas pandang.....



aSsAlamualaikum...!!!
hari nih sabtu sO laila ader la masa nak bagitau karya kesUkaan laila dan en.hB....
walaupun penyertaan tak berapa ramai tapi pening jugak la nak buat kepuTusan...
maklum la...sume pOn oke..sume ade idea masing-masing...
tak payah buang masa lagi....laila nak bagitau yang bertuah itu ialah...
-
-



tahniah yer..laila memang suka entry ni...serOnok baca tau...!!!...
rasa santai jer..macam tengah berbual dengan dia plak..hihihi~
untuk MM laila da janji nak bagi hadiah bag dari BEzahra kan..???
sO laila akan tunaikan~....

laila pun ade adiah saguhati jugak..!!!..heheh
 untuk saguhati..biarla rasia...

1 untuk ATIE
 laila suka entry nih sebab kesungguhan die mengupload banyak gambO untuk
tatapan laila...laila suka tengOk gambO...

lagi 1 untuk MAMA ZhaRfan
sebab panjang betoL cerita die...hihih~...kadang2 kita pun tak perasan bila da bercerita pasal yang
tersayang ni... laila suka baca ...

dan yang terakhir untuk UNA
laila suka yang ni sebab una sentuh cerita pasal mak and abAh...banyak hutang kita kat mak and abah
yang tak mungkin bOle kita balas balik tau....

untuk yang tersenarai tinggalkan alamat kat emel laila okies...
lriyards@yahoo.com

jangan lUpa tau...!!!

4.3.11

sOngsang..!!..~ #1

 cukup 33 minggu ade lagi appointment dengan dokter untuk scan baby..
dari rumah memang da tak sabO nk pegi..
konon-kononnyer da tak sabo nak tanye ngan dokter baby bOy ?? ke girL  ???..hihihi~
sampai2 kat klinik pukul 9 pagi...jumpe misi lepas tu baru jumpe dokter...
akhirnyer saat yang ditunggu2 pon tibe..jeng..jeng..jeng...
nak scan baby...!!..hati da teruje giler nih..
siap panggil husband masuk nak ajak tengOk baby sekali konon nyer...
time tu hati da berbunga-bunga da~...
mula2 dokter tunjuk jantung baby..wahh...!!!..senyumm..gembira...
lepas tu tunjuk kan perut baby pulak..   heheh~.bulat btol da dia..gembira jugak...
pastu tunjuk kan kaki..tangan dia...ngeeee~...comel nyer baby dalam perut...
husband pOn senyumm meleret...suka~...
 last sekali dokter scan kata...
baby sOngsang (breech position kate owg putih)...gulp~..
kitorang da tak cakap ape...terus diam...!!!..terkejut jugak sebenarnyer...
husband da jadik risau..saya lagi la risau kan~...
huhuh~..tapi ade jugak orang cakap mungkin baby bole pusing balik macam biase~...
harap2 nyer begitu...
sebenar nyer saya da takut..~...

1.3.11

huh..!!!..ade ape dengan 33....

hehhe..helo2...
sebenarnyer takde pape pOn sangat...
cuma minggu nih suda cukup 33 minggu...hekhek...
cepat jer kan~...tup..tup..da nak sampai mase plak...!!

  dalam mase 33 minggu nih..perut nih pOn da semakin bulat...semakin besarrr...dan semakin tak selesa...huhuh~..pendek kata memang tak larat rasa nyer..!!

 bukan nak duduk jer susah..nak tdO pon bermasalah...huhuh~..letih sungguh la~...

 tapi bila pikirkan baby dalam perut ni...berbaloi sungguh dengan
kesusahan dan kepayahan nyer..hihih~



Search